Sunday, March 10, 2013

MASA ITU EMAS


Buat diriku, hamba yang dhaif...

Pepatah Melayu yang mengatakan MASA ITU EMAS... menunjukkan betapa berharganya masa dan tidak layak untuk disia-siakan... namun emas masih boleh dinilaikan... tetapi masa yang Allah beri seminit berlalu bermakna seminit hampir ke tarikh yang telah ditetapkan bertemuNya. 

Allah s.w.t telah bersumpah atas nama Masa dan mengatakan bahawa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan juga berpesan kepada kebenaran serta berpesan dengan sabar.

Namun hakikatnya kita manusia... terikat dengan rutin harian... bekerja mencari rezeki yang halal... menguruskan rumahtangga... menziarahi orang tua. Setiap hari rutin itu memakan masa 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu... masa berlalu begitu pantas tanpa disedari... pantasnya masa berlalu dan betapa dekatnya jarak kita dengan tarikh yang tidak pasti itu. Dengan iman yang turun naik ikut suasana... dengan amal soleh yang tak lebih dari mendirikan yang wajib sahaja... sesungguhnya diri ini kalah dalam mengurus masa yang dianugerahkan olehNya. 

Di saat ini... di suatu petang hari minggu... tiada kekuatan untuk melakukan sebarang tugasan selain berbaring melayan otak yang letih... badan yang penat... yang ada ditangan cuma sebijik handphone... cuba untuk manfaatkan masa yang ada dengan membaca tazkirah di blog2 insan idola... tapi kerana keletihan diri tak berapa nak faham dengan apa yang dibaca. Akhirnya??? Tidur ialah aktiviti yang paling sesuai di saat ini tapi tak boleh nak layan sangat... berbaring2 bukan tujuan untuk bermalasan tapi juga bukan kerja yang bermanfaat -pada fikiran ini- lalu menaiplah jari jemari di blog yang dah lama ditinggalkan ini dengan harapan menjadi pesanan buat diri yang selalu lalai dan anak-anak bila besar nanti. 

Jika suatu masa sewaktu belajar dahulu adanya kumpulan usrah berjadual yang menjadikan diri lebih konsisten untuk hadir ke majlis ilmu, berkongsi dan menyampaikan atau pendek kata peluang untuk 'berpesan-pesan kepada kebaikan'. kini yang ada ialah usrah yang sebenar iaitu suami dan anak-anak... tapi bila dikira balik... sangat kurang pesanan yang baik-baik... lebih banyak berleter... 'jangan buat sepah... dah main jangan lupa kemas... baju letak dalam bakul... bla bla bla...' semoga leteran itu juga Dia terima sebagai pesanan yang baik-baik... semoga selepas ini lebih banyak pesanan yang baik berbanding leteran tak puas hati... -smile- 

Ya Allah, semoga masa yang masih tersisa tidak kami sia-siakan... semoga setiap rutin harian kami diterima sebagai ibadah... semoga setiap saat yang kami lalui dan setiap nafas kami hembus tidak lepas dari mengingatiMu.

Hamba dhaif yang berpesan kepada dirinya sendiri. Semoga pesanan buat diri ini juga diterima sebagai pesanan yang baik-baik. 

Thursday, December 6, 2012

DEMI SEKEPING TANAH BERNAMA PALESTIN!!!

BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIIM...

Niat di hati nak mencoret segala rasa tentang peperangan ke atas rakyat Palestin yang berlaku antara 14 - 22 November 2012. Tapi bila dah mula menaip... air mata mula menitis... tekak terasa sangat perit... dada terasa sangat berat... maka ku akhiri coretan pendekku untuk hari ini dengan sekalung doa untuk mereka di sana. 


Namun ada sedikit senyuman bila mengenangkan ada insan-insan berhati mulia yang mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk menyampaikan hajat menghantar bantuan ke sana. Semoga segala usaha mereka diberkati dan kembali dengan selamat. 



Friday, March 16, 2012

I LOVE BEING AN ACCOUNTANT... BUT AS A MUSLIM I KNOW THAT ACCOUNTING IS MORE THAN JUST BALANCING ACCOUNTS

We always hear “do what you love.” Yes it's true but do I get paid when I do things that I love to do? Choosing a career is not like asking ourselves "what we want to eat tonite?" Career decisions are about what kind of life do we want to set up for ourselves?

I have been in accounting field since I was 15 years old... but I didnt get A for accounting subject during PMR. I didnt know what I wanted to be that time and I never dreamt to be an accountant... just follow the path that had been determined for me... got a place in Sek Men Teknik Seremban in accounting course. Then, I got an offer "Diploma in Accountancy" in UiTM Segamat (what a lovely place!). Completed Bach. of Accountancy in 2002... Suddenly, I became an accountant! (After 7 years studying accounting how could I say "Suddenly"??? heheeee...)

Being accountant is so straight forward... recording historical transactions... but being a MUSLIM... I am so concerned about my accounting routine. Being ISLAMIC is not only about our appearance as Muslims but our ACCOUNTABILITY TO ALLAH AND TO ENSURE COMPLIANCE TO SYARIAH. Being an Islamic Accountants are not as easy as writing journals or books on Islamic Accounting.

It is very difficult when ADJUSTING CLIENTS' ACCOUNTS (especially when it comes to calculation of zakat or to maintain the clients' profit or to help clients avoiding high taxes) has become a NORM... sad!!!. Thinking of leaving this career but if we do not change and give up... do we expect NON-MUSLIMS to take care the accounts of MUSLIMS businesses?

May Allah show the right things to us in everything we do.



Tuesday, May 3, 2011

SKANDAL PEMIMPIN... sudah sudahlah...

Sekarang nih hari-hari bukak surat khabar asyik2 kes skandal seks pemimpin pembangkang... tak cukup dengan akhbar... kat tv hari2 keluar citer pasal kes neyh... sudahnya raser muak nak tengok berita.

Kenapalah kan... zaman kita tengah runsing masalah sosial remaja2 kita... masalah anak sebangsa seagama yang dah lupa tiang agama.... masalah mat rempit... masalah buang anak... TIBA- TIBA masa ni jugak lah cerita yang tidak enak tentang pemimpin di gembar gemburkan. Perkataan video S@ks hari2 terpampang di muka hadapan akhbar... tiap2 hari disebut2 dalam berita... kita yang tengah menonton ngan adik2 ngan anak2 pun dah malu rasanya. Anak2 yang baru darjah 2-3 pun bertanya S@ks tuh apa... ibubapa pun cubalah jawab dengan berhemah... hubungan suami isteri... pastuh anak tanya lagih hubungan yang macam mana?

Bukan nak memihak ke mana2 belah pihak pun. Kalau betul pun perkara itu benar... bukan ker kita ni diajar jangan membuka aib orang. DIA pun manusia biasa yang ader hak untuk dapat injunction dan sebagainya tapi kenapa berita itu berlanjutan terpampang di surat khabar setiap hari... apa motifnya... apa manfaatnya... hanya memuaskan hati manusia tertentu yang nak menjatuhkan maruah orang lain... hishhh... letih lah!!!!

Petanda besar akhir zaman nih.. macam2 fitnah melanda. Belum fitnah dajjal lagik... Ya Allah lindungi kami dari fitnah dajjal yang sangat dahsyat... Tetapkanlah hati kami... Biarlah kami mati dalam keadaan beriman... Amiiinnn..

Wednesday, April 27, 2011

FESBUK OWH FESBUK...

Sejak ader Fesbuk nih... tak pernah pun satu hari saya tak buka Fesbuk... Nak kata 'addicted' tuh sebenarnya bukanlah taksub... cuma raser seronok bila dapat berhubung dengan kawan2 lama yang jauh di mata... kawan2 sekolah... kawan2 ITM... and at the same time berkongsi kegembiraan dan kesedihan mereka bila mereka luahkan rasa hati di wall masing2.

Walaupun ader yang kata FESBUK nih adalah agenda YAHUDI supaya umat Islam leka ngadap setiap masa tapi hakikatnya dengan fesbuk nilah yang telah menjadi pendekat jiwa ini dengan yang Maha Esa. Dengan adanya sahabat2 yang sering ingat mengingatkan... Walaupun lebih banyak yang borak kosong di wall tapi saya berpeluang berkongsi dengan sahabat2 yang rajin bagi nasihat melalui Private Message (PM).

Selain daripada tuh dapat gak support kawan2 yang buat biseness online... malangnya saya yang asyik membeli... heeeee.... takper lepas nih saya plak yang nak jual... watch out...

Pendek kata teknologi yang wujud ni cuma alat... ader PROs and CONs nyer... terpulang kepada masing2... nak gunakan untuk kebaikan atau keburukan.

Cuma pesanan kepada sahabat2... tak payahlah nak main sangat GAMES kat Fesbuk tuh sebab memang akan addicted dan tak mendatangkan hasil yang real pun selain membuang masa berjam2...

Monday, April 11, 2011

JALAN-JALAN DI MELAKA

Dah lama teringin nak ke Melaka... apa yang ada kat Melaka? Salah satu daripada Peninggal Sejarah Dunia yang diiktiraf UNESCO... pasti macam-macam ada. Hari Sabtu yang lepas 9hb April 2011, saya berpeluang bawak family menyertai rombongan Cik Kiah opis.. heee... Anak-anak dara opis ni memang kaki jalan... Amik kesempatan ler sementara ader orang Melaka yang nak tunjuk jalan...

Bila sampai Melaka terus pergi main Gokart... eh eh... orang pergi Melaka tengok tempat bersejarah... kita main Gokart yer... lain la sikit... First time main Gokart. Mula-mula tuh takut gak time corner tuh tapi bila tengok yang lain memecut... isshhhh... mana boleh tahan kan so kita pun sama memecut la tapi ader main tipu sket... sket jer... heee....

Pastu pegi tasik dekat dengan Zoo Melaka... konon nak main kayak tapi ramai budak-budak sekolah buat aktiviti then maser tuh tengah panas terik so kitorang lepak-lepak amik gambo jer...


Sementara tunggu pukul 2 petang nak check in hotel... kita makan dulu dekat area MITC... Kedai Ikan Bakar tapi... hmmm... biasa-biasa jer ikan bakar nyer. Ikan pun dah raser tak fresh.

Yang paling tak boleh tahan... Kitorang pergi PC Fair kat Melaka... tempat bersejarah ker tuh... Actually saja buang masa sementara nak check in hotel. Tapi okay gak lah PC Fair kat sana tak crowded macam kat KL... dapat gak la rembat gadget-gadget neyh... Terlebih budget sudaahhh.


Then pergi check in EVERLY RESORT kat Tg Kling. Memang best tempat dia ader private beach. My family tak check in sebab nak proceed gih umah my sis kat JB...


After solat Zohor baru proceed gih town... My office-mates pegi naik Menara Taming Sari tapi my family pegi naik beca. Malas nak beratur naik Taming Sari tuh... ngan si keneyt yang tak reti duk diam bab-bab beratur nih memang tepaksa mengalah. Okay gak naik beca... budak yang bawak beca tuh jadik kita punya tour guide...

Sementara tunggu my offismates yang lain-lain berkumpul semula, my hero Khairul Naufal pecah bibir jatuh tersembam so kitorang pun rush gerak gih JB... tak dapat join the others makan seafood.. huhu..

Melaka memang tempat yang menarik... raser sekejap sangat banyak tempat tak dapat singgah... satu hari nanti nak ke sana lagih... bawak parents lepak2 kat Everly Resort... memang terbaeek lah...

Tuesday, April 5, 2011

PAKEJ RUMAH PERTAMAKU....

Setelah setahun saya beli rumah baru PM announce Program Rumah Pertamaku... Melepas sudaaahhh... Ramai yang excited mana tidaknya... Full loan + maximum period + minimum requirement... hanya untuk mereka yang bergaji RM3,000 ke atas. Memang menarik... untuk kakitangan kerajaan kira OTOMATIK boleh dapat... yang kerja swasta, pastikan employer bayar KWSP on time and gaji masuk pada tarikh yang tetap setiap bulan.

Hmmmm... setakat ni belum ader kawan-kawan terdekat yang berjaya memiliki rumah dari program Rumah Pertamaku... mungkin sebab baru launch... so tak dapat share experience lagi. Tapi untuk saya... bayar rumah RM1,000 sebulan? Kalau buat sewa bolehla... tapi nak duk sendiri... baik separuh dari amaun tuh saya simpan Tabung Haji ker ASB ker... Simpan ker???? Heeeee... Saya ader masalah besar manage duit senirik nih... every month expenses > income... hujung bulan berazam nak berjimat next month but still... ader jer dugaan yang datang... Rasanya nak kena lantik Financial Controller... heee...

Tengah berangan nak rembat rumah lelong... tapi husband GUARANTOR loan keter kawan... kawannya tuh hilang entah ke mana... pegi naik turun bank... mula-mula banker tuh kata boleh propose sambung bayarkan keter tuh tapi bila pegi HQ officer kata sekarang tgah court case untuk bankrapkan peminjam.... lepas peminjam bankrap guarantor plak kena... hadooooyyaaaai... kalau nak discharge guarantor kena bayar lump sum... kalau duit berkepok2 dalam bank pun... apehal plak nak bayarkan untuk orang lain... hmmm... tulah dilemanya bila org mintak jadik guarantor... nak tolong salah... tak tolong pun salah...

Malas nak fikir pasal masalah GUARANTOR tuh try la approach MBSB... rupanya start December 2010, depa dah start check CCRIS... kira sama ngan bank jugaklah... Maka berkuburlah angan-angan... cukuplah rumah sewa dia yang satu tuh... tak dapat invest kat property kita invest kat tempat lain yer...

Redha dengan apa yang berlaku... bersyukur dengan apa yang dimiliki... Nikmat yang diberi belum cukup disyukuri... asyik rasa tak cukup jer... itulah nafsu namanya... adakala ianya baik untuk motivasi hidup bekerja dengan lebih keras... tapi yang tak eloknya kerana keinginan dunianih banyak hal-hal lain yang diketepikan... contohnya dah lama tak pegi ziarah mak sebab sibuk carik duit... sob sob... semoga hari esok lebih baik dari hari ini... aaamiiinnn...