Thursday, December 11, 2008

Something's Missing in My Life

I feel like something's missing in my life... sebak bila terdengar lagu nih..

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Rabbi... Taqabbal ibadati...

Tuesday, December 2, 2008

CENDAWAN OH CENDAWAN

Cerita pasal cendawan nih... orang lain buat bisnes cendawan kita pun sibuk nak tanam cendawan. For testing, beli lah dalam 10 beg, letak atas para dalam bilik air sebab cendawan perlukan suhu yang rendah untuk tumbuh. Berhari- hari menunggu tak jugak keluar cendawan nyer. Bila tanya kat Kak Fizah, pengusaha cendawan yang berjaya di Kuala Kurau, saya beli dari dialah... rupanya suhu kat umah saya agak tinggi, jadik saya kena balut bungkusan cendawam tuh dengan kain basah... tak sampai 3 hari cendawan dah mula membiak. Huh... hari-hari makan cendawan. Macam-macam
resepi, dari sup sayur, masak lemak putih, black paper dan goreng... Masak apa-apa pun sedap sebab cendawan ni berisi kental bila kunyah rasa macam daging ayam pun ada. Macam ni lah rupa kebun kecil-kecilan cendaw
an kami...

Sunday, November 30, 2008

CAMERON HIGHLANDS 2008

Sejak mula bekerja, ini adalah kali pertama saya bawa parents pergi holiday... Cameron Highlands jadik pilihan saya. Kenapa Cameron? Kali terakhir pergi Cameron maser tuh kecik lagi... tak ingat macam mana rupa Cameron. Mmg tak pernah buat family gathering, selain dari hari raya jarang sangat dapat berkumpul bersama. Walaupun ramai yang tak dapat join trip ke Cameron kali nih tapi tetap meriah. Terima kasih kepada Along dan Aki kerana meluangkan maser untuk bercuti bersama.

Gambar kenangan nih diambil di hadapan homestay tempat penginapan kami, rumah Dr Ayob. Cantik rumah nih... dan sangat complete. Rumah ni ader 3 bilik. Bilik 1 - double decker (atas single bed bwh double bed), Bilik 2 - doublebed queen size dan Bilik 3 - 2 single beds. Kalau datang ramai tak payah bawa TOTO sebab TOTO yang disediakan punyalah banyak... blanket pun 1 almari penuh. Belakang rumah nih ader surau yang cukup luas untuk penghuni homestay nih. Perkakas dapur memang complete. Homestay Dr Ayob nih just for Muslims.. jadik saya recommend la saper2 yang nak berehat di Cameron boleh duk umah Dr Ayob.
Saya promote nih sbb dapat merasakan keikhlasan Dr Ayob menyediakan kemudahan nih bukan semata-mata untuk RM.
Semoga Dr Ayob dimurahkan rezeki.

Belakang rumah Dr Ayob ader ladang kubis. Saya yang dilahirkan dan membesar di KL ni mmgla tak pernah merasa berkebun kat belakang rumah. Paling dasat pun penah la mak tanam pokok cili

sepokok, serai beberapa pokok and sayur-sayur
dalam pot.

Gambar kat sebelah ni ialah kebun strawberry En Rostam, neighbour Dr Ayob. Sedap sgt makan strawberry yang baru dipetik, nak petik sendiri pun boleh, lagi merah lagi manis.

Walau apa pun yang paling indah ialah pemandangan di Ladang BOH... BOH... ADA UMPHHH!!!




Sunday, November 9, 2008

BEG BARU NISA'

Memandangkan beg baru Nisa' yang saya buat tuh 'ter'kecik, so saya buat kan lah beg yang baru. Mana nak beli kain ek... Kalau beli kain baru kos nyer lebih kurang sama ngan beli beg baru... So saya pun recycle la kain2 kat umah yang melambak tak berusik. Inilah hasilnya, dari sarung bantal yang tak terpakai. Ingatkan nak beli kekabu buat bantal... rupanya jadik beg. Sarung bantal coklat nih pun orang yang bagi. Makeover la konon...

Sunday, October 26, 2008

HASIL TANGAN DARI MESIN JAHIT SINGER

Best gak ader mesin jahit ni boleh release tension. Lepas repair seluar husband. Try la jahit beg baju Khairunnisa'. Beg baju dia dah rabak... Mana taknya dengan pampers, susu, flusk, nestum... sumer sumbat dalam 1 beg. Malas nak ngangkut beg banyak2 especially bila keluar bawak anak tanpa husband. Jenuh gak nak ngangkut... Inilah rupa begnya yang saya buat dari blanket Nisa'... tali ngan zip bag dari beg baju Nisa yang dah rabak tu lah.


Okay ker... Okay la tuh..

Friday, October 17, 2008

HADIAH HARIJADI UNTUKKU

Dah lama teringin nak beli mesin sulam... Hari tuh pegi MAHA 2008 kat Serdang ader jual tapi mahal pastuh kena lah attend classes untuk belajar guna. So saya hold lah dulu hajat tuh. Tapi biasalah selagi tak beli asyik teringat jer. Hari ini saya telah ambil keputusan muktamad untuk singgah kedai Singer di Damansara Utama dengan matlamat nak survey mesin jahit.

Survey punyer survey saya pun sangkut lah dengan mesin jahit nih... it's just an ordinary sewing machine tapi canggih sket ar compared tuh mesin jahit mak... hakhakhak... ader ke patut compare ngan mesin jahit mak. Lepas habis sesi soal jawab saya ngan owner kedai Singer tuh saya pun balik lah... On the way nak kuar dari Uptown tuh, kepala saya terasa berat sangat... Isyyy... saya pun patah balik ke kedai tuh dan terus swipe credit card yang dah banyak tunggakan tuh... Huhhh... Puas hati... Akhirnya... I have a sewing machine. Jangan tak menjahit lepas nih

Hadiah harijadi untuk diriku dari diriku...

Sunday, October 12, 2008

NISA' DAN DAMIA DI PAGI RAYA

Entah kenapa saya cukup suka ambil gambar Nisa' dengan Damia. Mungkin sebab mereka sebaya dan ada iras sikit... biasa lah baby nampak sama jer. Bila dah besar nanti baru lah nampak rupa masing-masing. Lagipun sekali-sekala jer dapat berjumpa.

Damia dengan Makcik Nurul & Khairunnisa' Dengan Opah beraya di Parit Buntar, Perak.

Hari Raya 2008 Yang Sungguh Bermakna..

Hari Raya 2008 adalah hari raya yang penuh kelainan... maklumkah pertama kali beraya sebagai seorang Ibu dan pertama kali beraya bersama keluarga sebelah suami. Tahun lepas suami ikut saya beraya ke rumah saudara mara sebelah saya. Alhamdulillah la rumah mentua ngan rumah parents saya tak jauh mana. Family saya di Hulu Langat dan family suami di Cheras.. dekat sangat. Jadi malam raya dapatlah saya bersama keluarga di Hulu Langat... pagi raya baru bertolak ke rumah mentua. Dengan kehadiran Khairunnisa' bertambah seronok beraya kali nih tapi agak mencabar gak sebab tak pernah bawa anak berjalan jauh sebelum tuh. Hari raya pertama selepas Solat Raya dan bersalaman kami bergerak ke Kemunting rumah Mak Long. Keesokan paginya plak beraya ke Parit Buntar rumah Mak Ngah, singgah Lumut rumah sepupu dan terus ke Bagan Datoh Rumah Mak Anjang. Hari Raya ketiga kami balik ke Kuala Lumpur dan buat pertama kalinya kami terlibat dalam kemalangan tapi alhamdulillah semuanya selamat. Lampu depan mmg pecah habis so kami rushing balik sebelum hari semakin gelap.

Rasanya Hari Raya Fitri 2008 adalah raya yang paling memenatkan tapi bila terkenang balik itulah hari raya yang sangat bermakna.

Wednesday, September 24, 2008

BERBUKA PUASA DI SEOUL GARDEN KERINCHI

First time saya datang makan kat sini... Mmg lain la compared to buffet berbuka puasa di tempat lain sebab kat sini makan Special wooo... Grill and Steamboat... Mmm... Mmg best.


Makan grill nih kena relaks-relaks... Ni buka pose raser sumer nak sumbat dalam mulut... terbakar lidah dey. Nasib baik lah tak angkut anak, kalau tidak tak ada chance la nak menikmati juadah yang mmg sedap nih.

Berbuka bersama colleagues dan our Exec. Director (front), Cik Nuraiza.


Sunday, August 31, 2008

KHAIRUNNISA' & DAMIA

Damia adalah anak kepada adik Rizal @ sepupu Nisa' la. Damia lahir 3 hari selepas Khairunnisa' dilahirkan. Pasal tuh la sama besar jer... Ini lah first time jumpa sebab Damia duk ngan Mama dia di Melaka. Maser dia lahir saya pun dalam pantang so tak dapat jumpa sampai la umur 5 bulan baru dapat jumpa.

Ada macam kembar tak?

Monday, June 2, 2008

BACK TO WORK

Maka tamat la sudah 'percutian' yang panjang tanpa rehat yang cukup. Patutlah ader Cuti Bersalin... hanya mereka yang melaluinya sahaja yang faham. Nak kata bersemangat untuk bekerja semula nih... tak der lah sangat. Lagi-lagi bila teringat anak yang berada di bawah jagaan orang lain... Harap-harap semuanya baik-baik belaka. Perkara pertama yang saya buat bila masuk ofis ialah kemas ofis yang telah di'conquer' oleh somebody. Boss saya memang suka buat kerja dia kat bilik saya yang kecil tapi terasa lapang nih. Nak motivate diri sendiri untuk kerja, bila list of work to do bukan main panjang lagih, saya pun hias lah bilik sket. Ofis nih tak pernah ader bunga jadik saya pun bawalah bunga dari rumah yang digubah sendiri. Barulah sedap sikit mata memandang...


Selamat kembali bertugas... Izan, you go girl!!!

Thursday, May 1, 2008

DALAM PANTANG

Dari kecil dengar cerita orang yang gila meroyan maser dalam pantang... Na'uzubillahuminzalik... Skrg bila saya sendiri yang merasainya baru faham. Perasaan yang tak tentu arah... dengan badan yang tak berapa sihat, anak pula asyik menangis. Makan dan tidur tak tentu. Even duduk umah mak tapi tak kan lah nak harapkan mak yang buat semua. Tapi mak mmg banyak membantu. Dialah yang sediakan makanan dan pakaian. Kalau dah EMAK namanya, daripada kita kecil sampailah kita sendiri dah jadik emak, emak tak pernah berhenti berkhidmat untuk kita.

Sememangnya orang dalam pantang dapat cuti 60 hari, tapi disebabkan tiada yang menggantikan saya masa cuti bersalin jadik kenalah jugak mengadap komputer berbalas e-mail ngan ofis, follow-up ngan sub-cons and etc. Telefon mmg tak blh nak off... Walaupun saya tahu saya perlu menjaga kesihatan, emosi dan mental maser nih tapi saya juga sedar tanggungjawab kerja adalah satu amanah.

Apa yang orang dalam pantang makan? Banyak yang tak boleh makan tapi saya belasah jer melainkan benda-benda yang mmg ada kesan pada saya bila saya makan. Yang pasti sambal lada hitam mmg tak tinggal. Ini resepi mak untuk orang dalam pantang. Kak Long dan Kak Ngah dulu pun makan sambal lada hitam yang mak buat jugak. Makan gaul dengan nasi panas and ikan. maser mula-mula makan mmg sedaplah tapi dah masuk sebulan nih nak muak jugak la... Lamanya lagih nak habis pantang. Tapi memang elok pun sebab maser dalam pantang cepat sejuk-sejuk dalam badan kadang-kadang sampai ke tulang. So bila makan lada hitam nih raser hangat jer darah dalam badan nih mengalir... Hmmm... baru raser sihat sikit. Inilah rupa sambal lada hitam + ikan bilis.


Bila berkira-kira duit yang dibelanjakan untuk bersalin mmg lah banyak. Yerlah bersalin kat private nih orang kata sama jer sakit ngan bersalin kat public hospital. Tapi saya tak kesal dan tak serik pun bersalin kat situ sebab layanan memang cukup memuaskan... cuma agak rugi sebab husband tak masuk sama dalm labour room sebab dia busy bagi direction kat family dia yang on the way ke tempat saya bersalin. Biarlah sakit nya sama macam bersalin kat public hospital tapi setakat sakit bersalin jer lah tak ader lah sakit hati... dan yang paling penting saya tak serik untuk bersalin lagih walaupun Caesarian. Ramai orang yang saya kenal serik nak bersalin lagih kerana pengalaman masa bersalin... Yang phobia pun ader... jangan main-main.

Bila anak asyik menangis saya pun dah tak kisah makan tido saya. Entah kenapa Khairunnisa' nih? Rupanya dia nak tido jer.. bila terjaga orang terus angkat buat main padahal dia tak puas tido lagih. Hmmm... terpaksalah masukkan dalam buai sbb dia susah nak tido sedangkan dia dah mengantuk sangat. Mak mentua kata dia lapar, suh masukkan nestum dalam susu tapi saya tak berani nak buat sbb dah baca byk sgt info dlm internet, baby under 4-6 months tak bolah hadam dengan baik so cereal boleh merosakkan usus dia. Masa kecil memang lah tak nampak kesannya bila dah besar baru lah anak tuh yang raser. Hmmm... tak taulah saya tawakkal ajer susukan dia dua jam sekali.

Masa mula-mula balik dari wad, satu malam saya dan suami tak dapat tido... Nisa' mengamuk dengan nenek dia sekali tak dapat tido. Rupanya panas... yer lah duk dalam nursery dia kat wad tuh ader air-cond, tido bukan main lena lagih. Bila bertukar angin mengamuk lah dia... Skrg dah besar pun dia...
Kharunnisa' sekarang dah sebulan setengah dan semakin tembam... walaupun kuat menangis... Hehe..

Saturday, April 12, 2008

BELAJAR MEMAHAMI BAYI

Bila dah jadi emak nih baru lah tercarik-carik info sana-sini... Ingatkan diri nih dah ready tapi sebenarnya masih banyak yang perlu dipelajari. Bila anak asyik menangis... kita yang dalam pantang nih pun sama menangis... sebab tak tahu apa yang tak kena. Tak semestinya baby menangis sebab lapar, basah ataupun mengantuk... jadik apa yang perlu kita buat.

I would love to share this info:

General Checklist
The suggestions in this checklist are all ways in which parents have helped soothe their babies or coped with excessive crying. You may find that some of them work for you.

Is baby hungry?

  • Offer breast or bottle feed

Is baby thirsty?

  • Offer a drink from a sterilised spoon or bottle

Is baby in pain?

  • Check for illness with G.P or Health Visitor
  • Offer breast, bottle or dummy
  • Offer cool boiled water or speak to pharmacist about infant colic remedies
  • Try gently massaging baby‘s tummy in a clockwise direction
  • Try changing baby‘s position
  • Pick baby up, walk around with him/her – a baby sling can be helpful
  • Try gently rocking baby up and down

Is baby tired but fighting sleep?

  • Offer breast, bottle or dummy
  • Try rocking baby horizontally in your arms or in a pram/pushchair
  • Try a rocking or swinging cradle
  • Try a quieter room
  • Put baby down somewhere safe to cry for a short time – some babies settle themselves
  • Try a softer light or a darker room
  • Use a baby soother cassette or sing to your baby
  • Quiet background noise can soothe babies – ticking clock, vacuum cleaner, washing machine etc.
  • Check that baby is comfortable – clothes not too tight
  • Check baby isn‘t too hot or cold – feel tummy to gauge temperature
  • Motion can help babies sleep. Car rides or pram walks in the fresh air.
  • A warm bath covering baby‘s tummy can be soothing

Is baby fighting at the breast?

  • Check baby‘s position at the breast, most of your nipple should be inside the baby‘s mouth
  • Check baby‘s nose is free of the breast (his/her head should be tilted back slightly)
  • Check whether baby‘s nose is blocked and consult GP or Health Visitor accordingly
  • Let baby suck on a dummy before quickly substituting breast
  • Try changing feeding position, e.g. sitting up or lying down
  • Is there too much milk? If so, express some off before feeds or feed on one breast changing sides at each feed for a few days
  • Is there too little milk? Feed more frequently
  • Consult Health Visitor, GP or a National Childbirth Trust (NCT) counsellor if you are still experiencing problems

Difficulty bottle feeding?

  • Try a different bottle or teat
  • Check the size of the teat hole and change to a different size if necessary
  • Try offering bottles more frequently for a few days
  • Leave for half an hour, and then try again
  • Consult Health Visitor or GP

Is baby uncomfortable?

  • Check baby‘s temperature by feeling tummy – adjust clothing accordingly
  • Change baby‘s nappy
  • Try different nappies
  • Let baby kick, nappy-free
  • Check for nappy rash – consult Health Visitor
  • Check for clothing rashes

Sensitive baby?

  • Handle and talk to baby gently and quietly
  • Do not overwhelm baby with stimulation
  • Try a quieter environment
  • Try to keep to a routine and limit the number of visitors

Is baby generally cranky?

  • Check for illness – consult Health Visitor or GP
  • Talk to your baby
  • Play with him/her: use toys or safe household objects
  • Let baby kick, nappy-free
  • Try using a baby sling to carry baby around
  • Try a bouncing chair or baby bouncer (always follow manufacturers guidelines)
  • Take baby out in pram or buggy
  • Visit a friend
  • Comfort by gentle rocking movement or soothing noises
  • Offer baby a feed
  • Massage baby and give warm bath
  • Consult registered homeopath. Check with GP, Health Visitor
  • Consult registered Cranial Osteopath with paediatric experience
  • If you suspect Colic, speak to GP or Health Visitor about infant colic remedies

Still crying?

  • Put baby down in a safe place, walk out of the room and shut the door, take a short break
  • Give baby to a trusted friend or family member for a few hours if possible
  • Use any time away from baby to look after yourself
  • Eat well and unwind
  • Go out with baby
  • Phone your GP, Health Visitor, NHS Direct, The Cry-sis Helpline, friend or relative

Night-time Crying
Checklist and ideas for settling a baby under a year old

  • Make sure baby is not hungry or thirsty
  • Check that baby is comfortable and that his/her nappy is clean and dry
  • Make sure clothing is not too tight
  • Is baby too hot or too cold? Check baby‘s tummy temperature
  • Rhythmic movement often settles babies. Gentle rocking in a pram or crib can have a hypnotic effect. Baby Slings are useful as they provide continual movement and the security of Mum/Dad
  • Some babies prefer the dark, others like a low night light
  • Soother tapes and devices may help baby fall asleep. A bedtime routine is a worthwhile investment for the future. This is best introduced as soon as possible with perhaps a warm bath before bedtime and a quiet feed and cuddle before sleep
  • From 3 months babies are becoming more aware of their environment, so other methods of settling them to sleep can be considered. Mobiles and soft play things above the cot prevent boredom and make baby‘s cot a more enjoyable place to be
  • As baby gets older a particular toy or "cuddly" can be encouraged so that baby feels more secure when on his/her own. Soft toys in the cot can act as insulators – avoid overheating baby
  • Many babies find their own fingers or thumbs to suck for comfort
Selamat mencuba....

Tuesday, April 1, 2008

PERKARA BARU DALAM HIDUPKU

Apa lagih yang menarik untuk saya ceritakan maser nih kalau bukan KHAIRUNNISA'. Now she is 1-week old. Here she is... sleeping... macam doll...


Sebelum bersalin dulu, ader pergi ceramah Penyusuan Susu Ibu kat Klinik Kesihatan. Maser tuh nurse explained pasal 'Nipple Confusion' tapi saya tak tefikir anak saya sendiri yang mengalaminya. Yer lah, duduk 3 hari kat wad memang nurse yang jaga dia bagi susu Snow... bila saya dah boleh bangun dan duduk nak try lah susukan dia tapi dia punyer mengamuk macam kita tak bagi dia susu. Sudahnya terpaksalah perah susu masuk botol bagi kat dia... Sampai sekarang masih ajar dia lagih tapi tuhan jer yang tahu betapa susahnya dan sedihnya bila tak dapat nak susukan anak sendiri. Adakah ini kekurangan bersalin di Private yang tidak memaksa ibu menyusukan anak selepas dilahirkan. Apa-apa pun aku redha... mungkin ada hikmahnya.

Monday, March 31, 2008

MY BESTFREN'S WEDDING


Selamat Pengantin Baru Zelly... Tahniah! Pesananku untukmu tulus dari hati..

-Sahabatku Zelly...

Kini kau sudah bergelar isteri
Bermacam dugaan dan cabaran sedang menanti
Kau perlu sabar dan tabah menghadapi
Segalanya tak seindah yang kau impi

Kerana itu yang paling penting ialah keikhlasan hati
Menerima dirinya sebagai teman sehidup semati
Salah dan silap perlu saling memaafi
Perlu toleransi dan saling memahami

Tanggungjawabmu ialah menjaga maruah suami
Andainya hatimu disakiti
Jangan mengadu domba ke sana sini
Ianya hanya mengaibkan diri sendiri

Bila kau tahu dirimu dikhianati
Jangan cepat berpatah hati
Cari kesilapan yang perlu diperbaiki
Keangkuhan hanya memusnahkan diri

Andainya suatu hari nanti
Kebahagiaan bukan milikmu lagi
Jangan pernah kau kesali
Menerima dirinya sebagai suami

Malah seharusnya kau syukuri
Kerana kesempatan yang diberi
Mengecapi nikmat hidup bersuami
Kebahagiaan dunia bukan yang hakiki

Yakinlah.. semuanya ketentuan ILAHI

Bukan niatku bermadah di sini
Cuma pesanan untuk sahabat yang ku kasihi
Dengan pengalaman hidupku yang tak seberapa ini
Hanya ini yang mampu ku beri

- Dari sahabatmu yang bergelar ISTERI-

Tuesday, March 25, 2008

HARI PENUH SEJARAH

Hari ni merupakan hari ke-7 Khairunnisa' dilahirkan... Niat di hati nak la buat kenduri sket tapi tengah kalut lagih. Nak harapkan siapa kalau tak plan awal-awal.

Chronology of events:

15th March 2008: Due date. Berdebar sangat masa tuh... tunggu bila nak sakit tapi tak sakit-sakit. Tak per relaks dulu... Bantai apa-apa yang tak boleh makan masa dalam pantang.

18th March 2008: Pergi check-up. Dr. Asari kata belum ada tanda nak melahirkan, so balik semula. Datang bila ada tanda turun (darah@air) or bila sakit.. kalau tak ada semua tu datang semula selepas 10 hari.

20th March 2008: Kak Long and Kak Ngah dah berkumpul kat umah ingat nak tengok anak buah baru tapi saya masih tak bersalin jugak lagih.

21st March 2008: Berjalan-jalan di IKEA dengan Kak Long and Kak Ngah... konon-konon terapi untuk cepatkan proses bersalin. Satu hari berjalan... kaki yang makin bengkak tapi masih tak ada tanda nak bersalin jugak lagih.

22nd March 2008: Lepas solat subuh rasa sengal-sengal kat pinggang tapi tak sakit sangat. Tiba-tiba rasa tak sedap hati... Baik saya pegi jumpa Dr. sebelum perkara yang tak diingini berlaku. Dr found out mmg ada contraction tapi baby still tak enggage. Dr tak desak untuk operate tapi dia explain yang kemungkinan saya tak dapat melahirkan secara normal coz based on X-Ray mmg kepala baby tak blh melepasi tulang punggung. Selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya saya pun buat keputusan untuk melahirkan secara pembedahan. Dr. Asari tetapkan untuk operate saya da nextday pukul 10.00 am.

23rd March 2008: Malam tuh dah mula berpuasa. Pagi tuh nurse datang check kot-kot ader miracle yang membolehkan saya melahirkan secara normal tapi jalan mmg tak terbuka lagih. So proceed dengan operation procedures. Tepat pukul 10.00am saya dibawa masuk ke labor room. Pakar bius dah standby... tak blh nak cerita... segalanya berlaku dengan cepat tak sampai sepuluh minit saya dengar tangisan baby tapi maser tu saya separuh sedar. Walaupun saya dibius separuh badan tapi saya macam mamai sket. Lepas bersalin rasa letih sangat dan terus tertidur. Pelik jugak.. sebab bukannya kena push baby keluar pun.

Alhamdulillah... saya telah melahirkan bayi comel yang kami beri nama KHAIRUNNISA'. Mudah-mudah menjadi gadis yang baik akhlaq dan budi pekerti. AMIIIIN.


KHAIRUNNISA' - DAY O1

Monday, February 25, 2008

HAPPY ANNIVERSARY!

Sayang...

Our love is the long lasting kind;
We’ve been together quite awhile.
I love you for so many things,
Your voice, your touch, your smile.

You accept me as I am;
I can relax and just be me.
Even when my quirks come out,
You think they’re cute; you let me be.
With you, there’s nothing to resist;
You’re irresistible to me.

I’m drawn to you in total trust;
I give myself to you willingly.
Your sweet devotion never fails;
You view me with a patient heart.
You love me, dear, no matter what.

You’ve been that way right from the start.
Those are just a few reasons why
I’ll always love you like I do.
We’ll have a lifetime full of love,
And it will happen because of you.

Happy Anniversary Sayang... Thank you for everything...

Sunday, January 20, 2008

WELCOME TO MY BLOG

Selamat datang ke Blog saya yang baru. Dari dulu bercita-cita nak update fotopages, frienster and facebook every day tapi tak jugak terbuat. Harap-harap dengan blog baru nih aderlah semangat untuk update selalu.