Sunday, October 18, 2009

KEK HARIJADI

Semalam hujan punyerlah lebat. Anak-anak tidur bukan main nyenyak lagi... Saya pun amikla kesempatan buat kek untuk sambutan harijadi anak buah hari nih. Saya nih memang tak pandai buat kek... balik-balik kek chocolate moist dan kek buah. Walaupun kek saya buat tak sedap macam yang kat kedai tuh tapi yang pastinya HALAL.

Kisahnya seorang jiran yang anaknya bekerja disebuah bakery milik orang MELAYU. Saya pelik melihatkan botol-botol bersusun kat belakang rumah dia... nampak macam botol arak. Ayah saya dah tak tertahan lagi bila melihat susunan botol araknya semakin meninggi maka ayah saya pun pergilah buat-buat bertanya... Mana datang botol arak banyak-banyak nih? Kumpul botol nak jual ker? Katanya 'Anak saya guna wine nih buat kek... tak apa buat kek... bukan buat minum... tak mabuk'. Astaghfirullah... tak tersangka kenyataan itu boleh keluar dari mulut seorang Ustaz mengajar di KAFA... bukan setakat tuh malah mengajar mengaji di rumah... Anak muridnya bukan seorang dua tapi lebih dari sepuluh orang. Tapi orang yang PANDAI macam tuh dah tak boleh diubah... Dia belajar ngan Kiyai katanya. Wallahua'lam... Dah kembali ke rahmatullah pun. Moga rohnya dicucuri rahmat. Moral of da story... even kedai kek melayu pun belum tentu halal lagi suci.

So... Memandangkan anak-anak buah saya (Along & Angah) tu ala-ala pinky girls... saya pun terpikir nak buat kek warna pink... First time try buat kek color pink nih... Inilah hasilnya...


Kek bulat yang telah dibentukkan menjadi bentuk HATI dan disapu Strawberry Chocolate


Sedapnya Strawberry Filling nih...


Kek macam nipis... tak puas hati buat lagi satu lapis... Now tambah Chocolate chips...


Dah siap pun toppingnya... tapi cream tak cukup kental so tulisannya kembang


Dari kiri... Along&Nisa... Angah& Damia

Wednesday, October 14, 2009

Alahai... Baby Mama...

Minggu lepas bawa Nisa' dan Naufal ke klinik untuk immunisation. Nisa' setahun setengah dan Naufal dua bulan. Masa timbang Naufal terperanjat saya kerana timbangannya hampir 7 kg. Patutlah saya pun dah raser macam body builder. Semangatnya Naufal sekarang ni (2 bulan) sama macam Nisa' ketika berusia 5 bulan. Sedangkan Naufal sama besar seperti Nisa semasa dilahirkan, 2.9kg jer. Anak lelaki nih memang kuat menyusu. Tak percaya... Bandingkanlah sendiri...


Nisa' (kiri) 4 bulan. Berat: 5 kg dan Naufal (kanan) 2 bulan. Berat 6.5 kg

Wednesday, October 7, 2009

The Latest!

Dah berbulan tak update blog nih... Cian dia...! Bila dah terlalu banyak terkumpul tak tahu aper yang nak dicoretkan dulu. Masa pun tak ada... Malam nih tetiba jer rasa nak update blog...

Sejak 6 bulan yang lalu banyak sangat perkara yang telah berlaku... maklumlah title pun dah berubah... dulu mak anak sorang... skrg nih anak dah dua... umur pun dah makin tua... Secara ringkasnya:

April 2009
S&P Agreement baru setel. Sejak Julai 2008 Housing Loan saya lulus baru sekarang setel. Slow betul lawyer nih. Banyak hal... nak kata tak reti buat kejer cakap macam bagus... Dah 15 tahun experience katanya. Tapi sudahnya semuanya setel bila kita yang solvekan problem dia. Nak wat camner dah bayar deposit untuk S&P Agreement... ikut hati nak mintak balik duit tuh tapi memandangkan sama-sama Muslim so malas la nak gaduh...

May 2009
Tengah pregnant 7 bulan. Dah tak berani nak drive gih factory kat Rawang tuh sorang2. Boss asyik panggil gak gih factory... padahal banyak sangat kejer kat HQ yang KIV. Punyerlah tension hingga saya buat keputusan yang agak emosional. Resign! Bila bagi Resignation Letter kat ED dia senyum jer... maklumlah bukan kali pertama saya bagi surat nak benti kerja... dah banyak kali tapi tak jadik berhenti jugak. Tapi kali nih saya memang nekad.

June 2009
Start renovate rumah baru... Excited giler! Design sendiri macam-macam ngan husband. Husband la yang paling excited. Mana tak nyer... Jenuh dah duk apartment... Parking jauh, nak berebut naik lif lagih. Lagi-lagi sejak ramai negro duk kat apartment tuh... sakit hati... sakit mata dibuatnya. But it's a good investment... baru jer sekejap husband tampal notis rumah untuk disewa dah 2-3 orang confirm nak byr deposit... Alhamdulillah... so tak payah lah pikir bayar 2 rumah. Rate sewa pulak 1.5 times from monthly installment... best betul. Deco time! Hari-hari pegi Jalan Ipoh carik Tiles & Sanitary Fittings... dah tak concentrate buat kejer kat opis. Maklumlah dah resign...


July 2009
Pindah rumah baru. Alhamdulillah... Walaupun rumah murah jer tapi lebih selesa dari dulu... Sampai rumah terus parking depan rumah tak payah nak berebut parking... tak payah nak berangkut barang naik lif... Kalau ikutkan memang dah tak kerja tapi disebabkan ISO punya pasal kerjalah jugak. Sekarang company dah certified ISO9001:2008. Saya harap company dapat maintain sampai next Audit next year.

18th July 2009
Selamat melahirkan anak yang kedua. It's a BOY! Alhamdulillah... We named him KHAIRUL NAUFAL (Sebaik2 Pemberi/ Yang Memberi)

August 2009
Confinement kat umah sendiri. Semua orang tanya naper tak berpantang kat umah mak. Hmmm... sajer bagi husband raser jaga bini dia dalam pantang... Kuangkuangkuang... Bolehlah bagi 9/10. Clap!Clap!Clap!

September 2009
Dah habis confinement. MD tanya bila nak masuk ofis balik. Bukan ker I dah resign... punyalah dia confident yang I akan masuk ofis balik. Sorry boss... I owe U so much but I just cant take it anymore. Sumer orang tanya tak boring ker duk umah??! Mana boring plak duk umah... Best giler dapat duk umah. Now I'm a fulltime housewife!

October 2009
Dapat offer kejer kat Audit firm. Gaji tak seberapa tapi that is the place dat I really want to work with... Audit Firm... Nanti lah dulu tgah syok duk umah nih... hmmm.... but I prefer to be a teacher... okay class... you guys can go home now! I wanna sleep... Tata...

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah
Syukurku yang tak terhingga
Biarpun aku selalu leka dengan ni'matMu
Namun Kau tak putus
Memberi dan terus memberi
Membuatkan aku terus terleka
Hanyut dalam meni'mati segala yang kau beri
Sungguh telah kukufuri ni'matMu

Segala yang Kau beri
Selautan air mata masih tak terbayar
Berjuta sujudku masih belum cukup
untuk membayar satupun ni'matMu
Apa yang ada bukan satupun milikku
Namun antara semuanya
Tiada apa yang lebih berharga
Selain ni'mat yang tiada nilainya
MengenaliMu Ya Allah... Syukur Alhamdulillah!

Wednesday, August 5, 2009

WHY?

Kenapa kau terus menghantuiku. Adakah kerana kau HANTU? Apakah benar kau hantu? Berhentilah menghantuiku...

Sunday, March 29, 2009

HAPPY BIRTHDAY... KHAIRUNNISA'!

Kek lagih besar dari Nisa'

Tanggal 23hb Mac 2009, genaplah setahun umur Khairunnisa'. Dah besar dah Nisa'. Sekejap betul masa berlalu... teringat dulu Nisa' yang kuat menangis sampai ader baby sitter yang give up. Bila masuk 3 bulan Nisa' kena demam panas then terus baik dah tak nangis dah. Empat bulan Nisa mula meniarap, enam bulan merangkak, lapan bulan berdiri, sepuluh bulan mula berjalan dan sekarang nih tengah improve skill memanjat. Sekejap jer besar baby mama nih but you will forever be my baby... Tak lama lagih Nisa' akan jadi kakak... upps!

Sekarang masa untuk membuka hadiah...


Monday, March 23, 2009

BOLEH KAYA KER KALAU KEJE LEBIH MASA

Semenjak jadik minah kilang nih, jarang sekali dapat berinternet... apa lagih nak create post di Blog. Hmmm... semakin lama kerja, semakin bos percaya, semakin besarlah tanggungjawab. Saya nih bukannya pandai sangat buat kerja tapi dah nama nya kerja, KERJA ADALAH AMANAH... cewah... sedapkan hati lah tuh.

Ada sorang kawan nih sound saya sebab hari Ahad pun kejer. Mulidurrasul pun kejer... Dia kata buat apa kejer gila-gila, kita kan makan gaji dari 9am - 6pm jer. Bukan boleh kaya pun kejer lebih-lebih. Bila pikir-pikir balik kata kawan tuh, ada betulnya. Memang betul kalau saya kejer dari 9am sampai 6pm pun gaji saya banyak tuh jugak bukan ader OT pun. Tapi tu lah... mungkin suasana bekerja di lain tempat lain caranya.

Di saat-saat genting nih, production line memang kena full swing. Nak biarkan bos sendiri mengadap situasi genting nih tak patut pulak rasanya. Pada saya, walaupun saya tak ada share dalam RM Millions projek syarikat nih, tapi di sini lah tempat saya mencari rezeki... Lagih banyak RM syarikat nih lagi puas hati saya, sekurang-kurang saya dapat membantu syarikat hak milik orang Islam@Bumiputera bersaing dalam arus pembangunan negara nih. Mungkin satu hari nanti kalau saya ada syarikat sendiri, saya pasti hargai kalau ada pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh.

Walaupun kita bekerja setiap hari mencari rezeki, tapi hakikatnya rezeki nih di tangan Allah SWT. Kalau kita berusaha dengan ikhlas, insyaAllah rezeki lebih berkat dan sentiasa mencukupi. Kalau berkira... hmmm...

Apa saya buat kat kilang? Panjang ceritanya, tapi antara tugasan yang paling besar ialah memastikan penghantaran dapat dilakukan dalam tempuh yang ditetapkan dengan sempurna. Tugasan lain di HQ sumer KIV.

Inilah latest shipment yang membuatkan saya tak cukup rehat:

Zati, Sue, Budi dan Asrol... orang kuat sumer nih...

Tiga penghantaran dah selamat... ada lagih dua penghantaran lepas nih... Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar. Dah habis nanti nak bawak kitorang bercuti kat mana yer, Boss... Dalam keikhlasan masih mengharap balasan gak tuh... Biasa lah tu...

Wednesday, February 18, 2009

CAESAREAN... KENA TUNGGU 2-3 TAHUN?


Bila cakap pasal Caesarean mesti dengar orang kata "kenalah tunggu 2-3 tahun kalau nak bersalin lagih". Memang rata-rata orang cakap macam tuh tapi kalau orang yang faham akan kata tunggu 1 hingga 2 tahun. Apakah ini bermakna orang yang melahirkan secara caesar "dilarang sama sekali" mengandung dalam tempuh setahun selepas melahirkan? Tidak sebenarnya. Jarak melahirkan dicadangkan 1-2 tahun bukan sahaja untuk Caesarean tetapi juga bagi mereka yang bersalin secara normal bagi memastikan kesihatan ibu dan anak terjaga.

Disebabkan saya pun Caesarean so saya pun tanyalah Dr Asari, my obstetrician dan Q&A dengan pakar-pakar termasuklah Dr Hamid Arshat. Inilah penjelasannya:

1. Secara tradisi pembedahan dibuat secara menegak dan parut tidak begitu kuat. Kemungkinan parut pecah agak tinggi sewaktu contraction. Tapi sekarang pembedahan dilakukan secara melintang di bahagian bawah uterus dan kajian mendapati parut lebih kuat. Bagaimanapun kebarangkalian parut pecah sewaktu contraction sekiranya melahirkan anak secara normal selepas caesar masih ada tapi bergantung kepada faktor kesihatan individu. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman di parut selepas melahirkan, risikonya agak tinggi sekiranya melahirkan dalam tempuh 18 bulan selepas pembedahan tetapi masih boleh melahirkan dengan selamat sekiranya ingin melahirkan dalam tempuh tersebut dengan melakukan caesar sebelum contraction biasanya apabila kandungan cukup 37-38 minggu. Kajian mendapati parut (luar & dalam) akan pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Jadi tak ada alasan untuk menggugurkan kandungan sekiranya mengandung semula selepas 3 bulan melakukan caesar. Kata Dr Hamid Arshat :Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut caesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.

2. Rahim adalah anggota badan yang diciptakan tuhan dengan penuh keajaiban. Bagaimana rahim yang sebesar penumbuk boleh membesar dan mengandungkan anak kembar sepuluh tanpa pecah. Subhanallah. Sedangkan, jari yang terputus boleh disambungkan semula dan berfungsi seperti sediakala dalam tempuh 2 bulan, inikan pula rahim yang penuh dengan keajaiban. Jadi, teori yang mengatakan saluran darah yang dipotong sewaktu caesar akan pulih dalam tempuh 1-2 tahun tidak boleh dijadikan panduan.

Bila saya kata saya melahirkan secara pembedahan, biasa orang tanya 'tak boleh push ker?' Masih ramai yang tak tahu banyak sebab yang menjadi faktor caesarian. Sebab yang utama ialah anak songsang dan placenta previa (uri bawah). Ada juga kerana denyutan jantung anak yang lemah dan juga sakit yang terlalu panjang, ibu keletihan untuk push baby keluar. Ada yang mengalami kencing manis dan anak menjadi besar melebihi 4kg. Kes-kes yang macam nih, ibu-ibu masih boleh melahirkan secara normal selepas caesar sekiranya kes tidak berulang.

Saya pula mengalami Cephalopelvic disproportion (CPD) iaitu kepala anak lebih besar dari rongga punggung ataupun laluan sempit. Sewaktu saya dah cukup bulan anak saya tak enggage (kepala baby tak turun ke dalam punggung untuk standby di pintu rahim) dan baby masih dalam perut 100% dan tak menunjukkan tanda-tanda nak keluar. Memang bidan pun kata saya lambat lagi nak bersalin pasal perut tinggi lagih... Mungkin saya salah kira tarikh due katanya... Kuang3x. Kes nih memang banyak tapi jarang didengar dan kurang difahami especially makcik-makcik yang duk kat kampung. Saya memang malas nak explain so bila orang tanya 'tak larat nak push baby ker?' Saya 'Ya'kan ajer.

Kes macam saya nih adalah kes berulang kecuali anak yang kedua terlalu kecil sehingga boleh melepasi rongga yang sempit. Dr estimate kalau anak kedua berat dalam 2.0kg mungkin boleh bersalin normal. Taknak lah anak kecik sangat... biarlah caesar lagih asalkan anak sihat..

Kenapa saya timbulkan persoalan mengandung semula selepas caesar nih? adakah saya merancang untuk mengandung lagih? jengjengjeng... Bukan aper saja nak meluahkan perasaan. Mak mentua saya kata 'lepas nih boleh la bersalin normal'. Isy... dia tak paham jugak lagih. Tak per lah...

Wednesday, February 11, 2009

SUSAHNYA NAK BERHENTI KERJA

Hmmm.... Zaman-zaman orang lain tengah risau takut kena buang kerja ni, saya pulak yang sibuk nak berhenti kerja. Cerita pasal nak berhenti kerja nih, kalau saya submit resignation letter lagih.. it's gonna be my 4th resignation letter... Kuang3x.. Sure my Directors gelakkan I and simpan jer surat tuh because she&he know that it's not easy for me to leave this company... Tak malu!

Kenapa sibuk sangat nak benti? Entahla ek.... bila disenaraikan balik...

Sebab yang pertama ialah rasa macam tak boleh handle pressure kerja. Mungkin banyak sangat due dates around the corner... Last month jer ader dua assessments, berpeluh gak lah ngadap Auditors - MARA & SIRIM. Bila pikir pasal ISO mula la datang balik magrain... Anybody can help me to finalise the procedures? Dengan contract punyer Liability Period yang nak due next month...Argghhhhh... Tapi bila dah arrange balik everything... boleh la setel slow2...

Sebab yang kedua ialah rasa dah tak larat nak ngadap jem... huh... Hari-hari ngadap jem memang tension. So skrg saya memang masuk kerje pukul 10am... Okay apa... Kalau ikutkan office hour 9am to 6pm, tapi saya balik lepas maghrib... Okay la tuh... Ader sesaper nak complaint? Huahuahua...

Sebab ketiga aper ek... Tak tau kenapa rasa malas giler nak kejer... Memang rasa nak duk umah gubah bunga, nak hias rumah, nak jahit kain yang dah lama dibeli tapi tak potong-potong, nak jahitkan baju gaun untuk Nisa'... Macam-macam la... Tapi rasanya kalau tak kerja, duk umah pun tak jadik gak semua tuh... sure duk ngadap ASTRO 24 jam... huhuhu... I think I just need 1 month holiday... Mr Boss... what say you? Hukhukhuk... sure dia lagi lambakkan file-file yang dah lama KIV kat depan mata nih... Audited Accounts??? Nooooooooo.... please...

Tapi bila difikir-fikirkan, bukan nya tak ada kerja yang lebih mudah, kurang responsibility and dekat dengan rumah. Gaji tu tak kisah la kalau dekat dengan rumah duit minyak dah save, save maser pergi balik kerja, before maghrib dah boleh sampai rumah... rasanya hidup ini akan lebih teratur. Tapi rasa dah convenient sangat kejer kat sini, senior la katakan... ader bilik sendiri and ader privacy... kuangkuangkuang... Boss takderlah berkira sangat... tak pernah la dapat notis kalau lambat datang pun paling-paling kena bebel jer la... tapi kalau nak kejar due date tuh kadang-kadang ahad pun kerja... Kadang-kadang ngan anak pun angkut gih opis... Yerla time public holiday baby sitter pun nak cuti jugak.

Tapi sebenarnya yang paling berat untuk tinggalkan ofis nih ialah bila pikirkan my Executive Director Cik Nuraiza, yang sangat baik and to me she's like my own sister. Kalau pasal kerja tuh biasalah kena marah... tapi dialah juga lah tempat bergurau, mengadu dan bergosip... She can always get a better staff than me but can I get a better or at least a kind Boss like her. Tak kurang juga my Managing Director, En Rahman yang treats me like his own family member... Diorang lah penyebab saya dah bagi surat resign 3 kali tapi tak jadik resign.

Inilah dia Cik Nuraiza @ Kak Ja. Yang kat tengah tuh is her FOREVER secretary, K Fara..

Tapi sampai bila nak bertapak di sini? Mungkin ader peluang yang lebih baik dan rezeki lain di luar sana. Wallahu a'lam. Tapi selagi diri ini diperlukan di sini... Saya akan terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi... chewah... yer la tuh... Yang sibuk sangat nak benti tuh kenapa? Entah... Baru 5 tahun kejer dah malas nak kejer... chehh... Cubalah bawak-bawak bersyukur dengan apa yang Allah SWT bagi skrg nih, Izan Sahriza... ramai lagi orang lain yang susah menderita. Tuhan bagi rezeki kat awak supaya dapat berkongsi dengan yang lain. Ingat tuh... (Motivate diri sendiri la konon).




Sunday, February 1, 2009

MY BABY'S FIRST STEPS

I realised that Khairunnisa' started standing up by herself when she was just 8 months. Then she started walking while holding onto something (wall/sofa/table) and now she is 10 months and can walk faster with her walking car. Nisa' : "No more round walker, please"... owh.. berlagak yer...

Sunday, January 25, 2009

PULAU PANGKOR

The first even for this year... holiday in Pangkor Island. Actually pergi kenduri kawen anak Mak Anjang di Bagan Datoh, Perak. Saya berhajat nak ziarah Kak Long di Ipoh tapi husband kata boleh la kalau nak pergi tapi jauh sket sebab bukan jalan yang sama ke Bagan Datoh... tapi kalau ke Lumut dah dekat lah. Speaking about Lumut apa lagi yang menarik kalau bukan Pulau Pangkor. Sejak 2 tahun lepas husband asyik sebut jer pasal Pulau Pangkor tapi tak berkesempatan nak bawa saya ke sana. Alang-alang dah dekat nih apa lagih... Tapi ader ker bilik hotel or chalet time cuti Raya Cina nih? Redah jerrr..

Maser nak parking kat jeti punyerla penuh nak parking kereta. Sudahnya parking kat covered car park kat sekolah tepi jeti tuh. Parking kat sekolah tu pun penuh gak, yang ader cuma parking untuk Guru Besar... Hmmm... belasah jer la. Takkan la Guru Besar nak datang sekolah Raya Cina ni kan... Minta maaf Cikgu, tumpang parking.

Sebelum beli tiket naik ferry, husband cari chalet kat Teluk Nipah tapi tak ada. Suma dah penuh.. yang ada cuma chalet Pangkor Holiday di Pasir Bogak... hmmm... takkan nak patah balik kot. Mmg mahal pun, yer la orang lain dah book awal-awal via internet murah la sket... Ni main redah jer, nasib la kan. So bayar RM30 kat agent kat jeti tuh untuk book chalet tadi, kalau tak book siap-siap nanti tiba sana tak ader bilik macam mana? Nak pasang khemah ker... Khemah pun tak ader. Sempatla amik gambo dalam ferry... Dari kanan, Nurul Hasnah(Adik suami), Along@ Nik Nur Shafikah & Angah @ Nik Nur Shahirah (Anak2 kpd adik husband), Khairunnisa' & Mama.

So bermalam la kami di Pangkor Holiday Resort... nak pegi pantai kena jalan jauh la sket... but the resort is nice... The next day ingatkan nak mandi laut tapi anak-anak buah suma nak mandi swimming pool. So saya pun mandi kat pool jer lah... Nampaknya pool lebih menarik dari laut.

Lepas check-out husband ajak lunch kat Teluk Nipah. Punyerla crowded tempat tuh. Alhamdulillah ada port nak lepak sebab ader satuh warung tuh belum bukak lagih. Parking barang sumer kat situ then saya ngan anak-anak buah dan adik ipar pun mandi la kat laut. Husband tak mandi laut so dia lah jaga Nisa'. Tak sampai 20 minit mandi saya dah naik sebab badan gatal-gatal. Cuma anak-anak buah dan adik ipar yang enjoy mandi and kutip kulit siput. Nasib baik lah saya dah puas mandi kat swimming pool pagi tuh.

Lebih kurang pukul 4.00 pm kami pack-pack barang dan berangkat pulang. Secara peribadinya saya rasa Pulau Pangkor nih better than Port Dickson la tapi kat PD pun kalau tahu, ader pantai yang cantik dan bersih. Disebabkan saya pernah bercuti di Pulau Redang jadi saya tak aderlah excited sangat. Memang tak boleh nak compare la sebab Pulau Redang di open sea... memang jauh lebih cantik dan pantai yang sangat la bersih.

Thanks hubby coz bawa kami bercuti di Pulau Pangkor. Nanti kita plan pegi Pulau Redang yer...

Tuesday, January 20, 2009

SEDIH SANGATKAH KISAH PALESTINE

Saya dah lama tak tonton berita. Baca paper pun pilih2 page. Kalau boleh tak nak tengok langsung gambar-gambar sedih dari bumi Palestin. Takut nanti teringat-ingat... sedih terbawa-bawa sampaikan kadang-kadang tak boleh tidur terbayangkan apa yang berlaku. Apa lagi yang mampu dibuat selain menghulurkan derma dan memanjatkan doa.

Tapi dalam kesedihan ini, jiwa ini cukup terguris... sedih sekali apabila membaca coretan di blog-blog especially forum yang ditulis oleh anak bangsa kita yang menghina agama, mempermainkan Tuhan dan memperbodohkan Nabi kita S.A.W yang mulia. Astaghfirullahal'azim..

Saya yakin setiap jiwa yang terkorban di Palestin yang ditindas pasti ada keni'matan yang disediakan oleh Allah SWT di hari kemudian kerana mempertahankan iman dan tanah air mereka. Pasti penyerahan diri mereka kepada Yang Satu lebih tinggi berbanding dengan kita yang hidup dalam kesenangan. Kita asyik memikirkan kejatuhan, kemusnahan bumi Palestin dan sentiasa mendoakan mereka, bersolat hajat untuk mereka, mengutip derma untuk membangunkan kembali negara mereka. Tidak kurang yang melaungkan jihad memerangi Yahudi...

Tapi bagaimana dengan kejatuhan anak bangsa kita yang menghina agama sewenang-wenangnya. Siapakah yang memerangi mereka? Siapakah yang akan membangunkan mereka dan mendoakan mereka?

Thursday, January 1, 2009

Teman-teman lama...

Sejak berkahwin memang tak banyak masa yang dapat nak diluangkan untuk kawan-kawan. InsyaAllah bila ada kelapangan, jauh di sudut hati nak sangat ziarah kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.. tapi dengan tugasan harian yang cukup padat termasuklah weekend sehingga sekarang tak tercapai lagi hajat tuh. Mudah-mudahan diberi kelapangan untuk ziarah kawan-kawan even yang dah lupakan saya..