Sunday, November 30, 2008

CAMERON HIGHLANDS 2008

Sejak mula bekerja, ini adalah kali pertama saya bawa parents pergi holiday... Cameron Highlands jadik pilihan saya. Kenapa Cameron? Kali terakhir pergi Cameron maser tuh kecik lagi... tak ingat macam mana rupa Cameron. Mmg tak pernah buat family gathering, selain dari hari raya jarang sangat dapat berkumpul bersama. Walaupun ramai yang tak dapat join trip ke Cameron kali nih tapi tetap meriah. Terima kasih kepada Along dan Aki kerana meluangkan maser untuk bercuti bersama.

Gambar kenangan nih diambil di hadapan homestay tempat penginapan kami, rumah Dr Ayob. Cantik rumah nih... dan sangat complete. Rumah ni ader 3 bilik. Bilik 1 - double decker (atas single bed bwh double bed), Bilik 2 - doublebed queen size dan Bilik 3 - 2 single beds. Kalau datang ramai tak payah bawa TOTO sebab TOTO yang disediakan punyalah banyak... blanket pun 1 almari penuh. Belakang rumah nih ader surau yang cukup luas untuk penghuni homestay nih. Perkakas dapur memang complete. Homestay Dr Ayob nih just for Muslims.. jadik saya recommend la saper2 yang nak berehat di Cameron boleh duk umah Dr Ayob.
Saya promote nih sbb dapat merasakan keikhlasan Dr Ayob menyediakan kemudahan nih bukan semata-mata untuk RM.
Semoga Dr Ayob dimurahkan rezeki.

Belakang rumah Dr Ayob ader ladang kubis. Saya yang dilahirkan dan membesar di KL ni mmgla tak pernah merasa berkebun kat belakang rumah. Paling dasat pun penah la mak tanam pokok cili

sepokok, serai beberapa pokok and sayur-sayur
dalam pot.

Gambar kat sebelah ni ialah kebun strawberry En Rostam, neighbour Dr Ayob. Sedap sgt makan strawberry yang baru dipetik, nak petik sendiri pun boleh, lagi merah lagi manis.

Walau apa pun yang paling indah ialah pemandangan di Ladang BOH... BOH... ADA UMPHHH!!!




Sunday, November 9, 2008

BEG BARU NISA'

Memandangkan beg baru Nisa' yang saya buat tuh 'ter'kecik, so saya buat kan lah beg yang baru. Mana nak beli kain ek... Kalau beli kain baru kos nyer lebih kurang sama ngan beli beg baru... So saya pun recycle la kain2 kat umah yang melambak tak berusik. Inilah hasilnya, dari sarung bantal yang tak terpakai. Ingatkan nak beli kekabu buat bantal... rupanya jadik beg. Sarung bantal coklat nih pun orang yang bagi. Makeover la konon...