Wednesday, February 18, 2009

CAESAREAN... KENA TUNGGU 2-3 TAHUN?


Bila cakap pasal Caesarean mesti dengar orang kata "kenalah tunggu 2-3 tahun kalau nak bersalin lagih". Memang rata-rata orang cakap macam tuh tapi kalau orang yang faham akan kata tunggu 1 hingga 2 tahun. Apakah ini bermakna orang yang melahirkan secara caesar "dilarang sama sekali" mengandung dalam tempuh setahun selepas melahirkan? Tidak sebenarnya. Jarak melahirkan dicadangkan 1-2 tahun bukan sahaja untuk Caesarean tetapi juga bagi mereka yang bersalin secara normal bagi memastikan kesihatan ibu dan anak terjaga.

Disebabkan saya pun Caesarean so saya pun tanyalah Dr Asari, my obstetrician dan Q&A dengan pakar-pakar termasuklah Dr Hamid Arshat. Inilah penjelasannya:

1. Secara tradisi pembedahan dibuat secara menegak dan parut tidak begitu kuat. Kemungkinan parut pecah agak tinggi sewaktu contraction. Tapi sekarang pembedahan dilakukan secara melintang di bahagian bawah uterus dan kajian mendapati parut lebih kuat. Bagaimanapun kebarangkalian parut pecah sewaktu contraction sekiranya melahirkan anak secara normal selepas caesar masih ada tapi bergantung kepada faktor kesihatan individu. Bagi mereka yang mengalami jangkitan kuman di parut selepas melahirkan, risikonya agak tinggi sekiranya melahirkan dalam tempuh 18 bulan selepas pembedahan tetapi masih boleh melahirkan dengan selamat sekiranya ingin melahirkan dalam tempuh tersebut dengan melakukan caesar sebelum contraction biasanya apabila kandungan cukup 37-38 minggu. Kajian mendapati parut (luar & dalam) akan pulih sepenuhnya selepas 3 bulan. Jadi tak ada alasan untuk menggugurkan kandungan sekiranya mengandung semula selepas 3 bulan melakukan caesar. Kata Dr Hamid Arshat :Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut caesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.

2. Rahim adalah anggota badan yang diciptakan tuhan dengan penuh keajaiban. Bagaimana rahim yang sebesar penumbuk boleh membesar dan mengandungkan anak kembar sepuluh tanpa pecah. Subhanallah. Sedangkan, jari yang terputus boleh disambungkan semula dan berfungsi seperti sediakala dalam tempuh 2 bulan, inikan pula rahim yang penuh dengan keajaiban. Jadi, teori yang mengatakan saluran darah yang dipotong sewaktu caesar akan pulih dalam tempuh 1-2 tahun tidak boleh dijadikan panduan.

Bila saya kata saya melahirkan secara pembedahan, biasa orang tanya 'tak boleh push ker?' Masih ramai yang tak tahu banyak sebab yang menjadi faktor caesarian. Sebab yang utama ialah anak songsang dan placenta previa (uri bawah). Ada juga kerana denyutan jantung anak yang lemah dan juga sakit yang terlalu panjang, ibu keletihan untuk push baby keluar. Ada yang mengalami kencing manis dan anak menjadi besar melebihi 4kg. Kes-kes yang macam nih, ibu-ibu masih boleh melahirkan secara normal selepas caesar sekiranya kes tidak berulang.

Saya pula mengalami Cephalopelvic disproportion (CPD) iaitu kepala anak lebih besar dari rongga punggung ataupun laluan sempit. Sewaktu saya dah cukup bulan anak saya tak enggage (kepala baby tak turun ke dalam punggung untuk standby di pintu rahim) dan baby masih dalam perut 100% dan tak menunjukkan tanda-tanda nak keluar. Memang bidan pun kata saya lambat lagi nak bersalin pasal perut tinggi lagih... Mungkin saya salah kira tarikh due katanya... Kuang3x. Kes nih memang banyak tapi jarang didengar dan kurang difahami especially makcik-makcik yang duk kat kampung. Saya memang malas nak explain so bila orang tanya 'tak larat nak push baby ker?' Saya 'Ya'kan ajer.

Kes macam saya nih adalah kes berulang kecuali anak yang kedua terlalu kecil sehingga boleh melepasi rongga yang sempit. Dr estimate kalau anak kedua berat dalam 2.0kg mungkin boleh bersalin normal. Taknak lah anak kecik sangat... biarlah caesar lagih asalkan anak sihat..

Kenapa saya timbulkan persoalan mengandung semula selepas caesar nih? adakah saya merancang untuk mengandung lagih? jengjengjeng... Bukan aper saja nak meluahkan perasaan. Mak mentua saya kata 'lepas nih boleh la bersalin normal'. Isy... dia tak paham jugak lagih. Tak per lah...

Wednesday, February 11, 2009

SUSAHNYA NAK BERHENTI KERJA

Hmmm.... Zaman-zaman orang lain tengah risau takut kena buang kerja ni, saya pulak yang sibuk nak berhenti kerja. Cerita pasal nak berhenti kerja nih, kalau saya submit resignation letter lagih.. it's gonna be my 4th resignation letter... Kuang3x.. Sure my Directors gelakkan I and simpan jer surat tuh because she&he know that it's not easy for me to leave this company... Tak malu!

Kenapa sibuk sangat nak benti? Entahla ek.... bila disenaraikan balik...

Sebab yang pertama ialah rasa macam tak boleh handle pressure kerja. Mungkin banyak sangat due dates around the corner... Last month jer ader dua assessments, berpeluh gak lah ngadap Auditors - MARA & SIRIM. Bila pikir pasal ISO mula la datang balik magrain... Anybody can help me to finalise the procedures? Dengan contract punyer Liability Period yang nak due next month...Argghhhhh... Tapi bila dah arrange balik everything... boleh la setel slow2...

Sebab yang kedua ialah rasa dah tak larat nak ngadap jem... huh... Hari-hari ngadap jem memang tension. So skrg saya memang masuk kerje pukul 10am... Okay apa... Kalau ikutkan office hour 9am to 6pm, tapi saya balik lepas maghrib... Okay la tuh... Ader sesaper nak complaint? Huahuahua...

Sebab ketiga aper ek... Tak tau kenapa rasa malas giler nak kejer... Memang rasa nak duk umah gubah bunga, nak hias rumah, nak jahit kain yang dah lama dibeli tapi tak potong-potong, nak jahitkan baju gaun untuk Nisa'... Macam-macam la... Tapi rasanya kalau tak kerja, duk umah pun tak jadik gak semua tuh... sure duk ngadap ASTRO 24 jam... huhuhu... I think I just need 1 month holiday... Mr Boss... what say you? Hukhukhuk... sure dia lagi lambakkan file-file yang dah lama KIV kat depan mata nih... Audited Accounts??? Nooooooooo.... please...

Tapi bila difikir-fikirkan, bukan nya tak ada kerja yang lebih mudah, kurang responsibility and dekat dengan rumah. Gaji tu tak kisah la kalau dekat dengan rumah duit minyak dah save, save maser pergi balik kerja, before maghrib dah boleh sampai rumah... rasanya hidup ini akan lebih teratur. Tapi rasa dah convenient sangat kejer kat sini, senior la katakan... ader bilik sendiri and ader privacy... kuangkuangkuang... Boss takderlah berkira sangat... tak pernah la dapat notis kalau lambat datang pun paling-paling kena bebel jer la... tapi kalau nak kejar due date tuh kadang-kadang ahad pun kerja... Kadang-kadang ngan anak pun angkut gih opis... Yerla time public holiday baby sitter pun nak cuti jugak.

Tapi sebenarnya yang paling berat untuk tinggalkan ofis nih ialah bila pikirkan my Executive Director Cik Nuraiza, yang sangat baik and to me she's like my own sister. Kalau pasal kerja tuh biasalah kena marah... tapi dialah juga lah tempat bergurau, mengadu dan bergosip... She can always get a better staff than me but can I get a better or at least a kind Boss like her. Tak kurang juga my Managing Director, En Rahman yang treats me like his own family member... Diorang lah penyebab saya dah bagi surat resign 3 kali tapi tak jadik resign.

Inilah dia Cik Nuraiza @ Kak Ja. Yang kat tengah tuh is her FOREVER secretary, K Fara..

Tapi sampai bila nak bertapak di sini? Mungkin ader peluang yang lebih baik dan rezeki lain di luar sana. Wallahu a'lam. Tapi selagi diri ini diperlukan di sini... Saya akan terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi... chewah... yer la tuh... Yang sibuk sangat nak benti tuh kenapa? Entah... Baru 5 tahun kejer dah malas nak kejer... chehh... Cubalah bawak-bawak bersyukur dengan apa yang Allah SWT bagi skrg nih, Izan Sahriza... ramai lagi orang lain yang susah menderita. Tuhan bagi rezeki kat awak supaya dapat berkongsi dengan yang lain. Ingat tuh... (Motivate diri sendiri la konon).




Sunday, February 1, 2009

MY BABY'S FIRST STEPS

I realised that Khairunnisa' started standing up by herself when she was just 8 months. Then she started walking while holding onto something (wall/sofa/table) and now she is 10 months and can walk faster with her walking car. Nisa' : "No more round walker, please"... owh.. berlagak yer...