Sunday, March 10, 2013

MASA ITU EMAS


Buat diriku, hamba yang dhaif...

Pepatah Melayu yang mengatakan MASA ITU EMAS... menunjukkan betapa berharganya masa dan tidak layak untuk disia-siakan... namun emas masih boleh dinilaikan... tetapi masa yang Allah beri seminit berlalu bermakna seminit hampir ke tarikh yang telah ditetapkan bertemuNya. 

Allah s.w.t telah bersumpah atas nama Masa dan mengatakan bahawa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan juga berpesan kepada kebenaran serta berpesan dengan sabar.

Namun hakikatnya kita manusia... terikat dengan rutin harian... bekerja mencari rezeki yang halal... menguruskan rumahtangga... menziarahi orang tua. Setiap hari rutin itu memakan masa 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu... masa berlalu begitu pantas tanpa disedari... pantasnya masa berlalu dan betapa dekatnya jarak kita dengan tarikh yang tidak pasti itu. Dengan iman yang turun naik ikut suasana... dengan amal soleh yang tak lebih dari mendirikan yang wajib sahaja... sesungguhnya diri ini kalah dalam mengurus masa yang dianugerahkan olehNya. 

Di saat ini... di suatu petang hari minggu... tiada kekuatan untuk melakukan sebarang tugasan selain berbaring melayan otak yang letih... badan yang penat... yang ada ditangan cuma sebijik handphone... cuba untuk manfaatkan masa yang ada dengan membaca tazkirah di blog2 insan idola... tapi kerana keletihan diri tak berapa nak faham dengan apa yang dibaca. Akhirnya??? Tidur ialah aktiviti yang paling sesuai di saat ini tapi tak boleh nak layan sangat... berbaring2 bukan tujuan untuk bermalasan tapi juga bukan kerja yang bermanfaat -pada fikiran ini- lalu menaiplah jari jemari di blog yang dah lama ditinggalkan ini dengan harapan menjadi pesanan buat diri yang selalu lalai dan anak-anak bila besar nanti. 

Jika suatu masa sewaktu belajar dahulu adanya kumpulan usrah berjadual yang menjadikan diri lebih konsisten untuk hadir ke majlis ilmu, berkongsi dan menyampaikan atau pendek kata peluang untuk 'berpesan-pesan kepada kebaikan'. kini yang ada ialah usrah yang sebenar iaitu suami dan anak-anak... tapi bila dikira balik... sangat kurang pesanan yang baik-baik... lebih banyak berleter... 'jangan buat sepah... dah main jangan lupa kemas... baju letak dalam bakul... bla bla bla...' semoga leteran itu juga Dia terima sebagai pesanan yang baik-baik... semoga selepas ini lebih banyak pesanan yang baik berbanding leteran tak puas hati... -smile- 

Ya Allah, semoga masa yang masih tersisa tidak kami sia-siakan... semoga setiap rutin harian kami diterima sebagai ibadah... semoga setiap saat yang kami lalui dan setiap nafas kami hembus tidak lepas dari mengingatiMu.

Hamba dhaif yang berpesan kepada dirinya sendiri. Semoga pesanan buat diri ini juga diterima sebagai pesanan yang baik-baik.