Thursday, May 1, 2008

DALAM PANTANG

Dari kecil dengar cerita orang yang gila meroyan maser dalam pantang... Na'uzubillahuminzalik... Skrg bila saya sendiri yang merasainya baru faham. Perasaan yang tak tentu arah... dengan badan yang tak berapa sihat, anak pula asyik menangis. Makan dan tidur tak tentu. Even duduk umah mak tapi tak kan lah nak harapkan mak yang buat semua. Tapi mak mmg banyak membantu. Dialah yang sediakan makanan dan pakaian. Kalau dah EMAK namanya, daripada kita kecil sampailah kita sendiri dah jadik emak, emak tak pernah berhenti berkhidmat untuk kita.

Sememangnya orang dalam pantang dapat cuti 60 hari, tapi disebabkan tiada yang menggantikan saya masa cuti bersalin jadik kenalah jugak mengadap komputer berbalas e-mail ngan ofis, follow-up ngan sub-cons and etc. Telefon mmg tak blh nak off... Walaupun saya tahu saya perlu menjaga kesihatan, emosi dan mental maser nih tapi saya juga sedar tanggungjawab kerja adalah satu amanah.

Apa yang orang dalam pantang makan? Banyak yang tak boleh makan tapi saya belasah jer melainkan benda-benda yang mmg ada kesan pada saya bila saya makan. Yang pasti sambal lada hitam mmg tak tinggal. Ini resepi mak untuk orang dalam pantang. Kak Long dan Kak Ngah dulu pun makan sambal lada hitam yang mak buat jugak. Makan gaul dengan nasi panas and ikan. maser mula-mula makan mmg sedaplah tapi dah masuk sebulan nih nak muak jugak la... Lamanya lagih nak habis pantang. Tapi memang elok pun sebab maser dalam pantang cepat sejuk-sejuk dalam badan kadang-kadang sampai ke tulang. So bila makan lada hitam nih raser hangat jer darah dalam badan nih mengalir... Hmmm... baru raser sihat sikit. Inilah rupa sambal lada hitam + ikan bilis.


Bila berkira-kira duit yang dibelanjakan untuk bersalin mmg lah banyak. Yerlah bersalin kat private nih orang kata sama jer sakit ngan bersalin kat public hospital. Tapi saya tak kesal dan tak serik pun bersalin kat situ sebab layanan memang cukup memuaskan... cuma agak rugi sebab husband tak masuk sama dalm labour room sebab dia busy bagi direction kat family dia yang on the way ke tempat saya bersalin. Biarlah sakit nya sama macam bersalin kat public hospital tapi setakat sakit bersalin jer lah tak ader lah sakit hati... dan yang paling penting saya tak serik untuk bersalin lagih walaupun Caesarian. Ramai orang yang saya kenal serik nak bersalin lagih kerana pengalaman masa bersalin... Yang phobia pun ader... jangan main-main.

Bila anak asyik menangis saya pun dah tak kisah makan tido saya. Entah kenapa Khairunnisa' nih? Rupanya dia nak tido jer.. bila terjaga orang terus angkat buat main padahal dia tak puas tido lagih. Hmmm... terpaksalah masukkan dalam buai sbb dia susah nak tido sedangkan dia dah mengantuk sangat. Mak mentua kata dia lapar, suh masukkan nestum dalam susu tapi saya tak berani nak buat sbb dah baca byk sgt info dlm internet, baby under 4-6 months tak bolah hadam dengan baik so cereal boleh merosakkan usus dia. Masa kecil memang lah tak nampak kesannya bila dah besar baru lah anak tuh yang raser. Hmmm... tak taulah saya tawakkal ajer susukan dia dua jam sekali.

Masa mula-mula balik dari wad, satu malam saya dan suami tak dapat tido... Nisa' mengamuk dengan nenek dia sekali tak dapat tido. Rupanya panas... yer lah duk dalam nursery dia kat wad tuh ader air-cond, tido bukan main lena lagih. Bila bertukar angin mengamuk lah dia... Skrg dah besar pun dia...
Kharunnisa' sekarang dah sebulan setengah dan semakin tembam... walaupun kuat menangis... Hehe..