Monday, March 31, 2008

MY BESTFREN'S WEDDING


Selamat Pengantin Baru Zelly... Tahniah! Pesananku untukmu tulus dari hati..

-Sahabatku Zelly...

Kini kau sudah bergelar isteri
Bermacam dugaan dan cabaran sedang menanti
Kau perlu sabar dan tabah menghadapi
Segalanya tak seindah yang kau impi

Kerana itu yang paling penting ialah keikhlasan hati
Menerima dirinya sebagai teman sehidup semati
Salah dan silap perlu saling memaafi
Perlu toleransi dan saling memahami

Tanggungjawabmu ialah menjaga maruah suami
Andainya hatimu disakiti
Jangan mengadu domba ke sana sini
Ianya hanya mengaibkan diri sendiri

Bila kau tahu dirimu dikhianati
Jangan cepat berpatah hati
Cari kesilapan yang perlu diperbaiki
Keangkuhan hanya memusnahkan diri

Andainya suatu hari nanti
Kebahagiaan bukan milikmu lagi
Jangan pernah kau kesali
Menerima dirinya sebagai suami

Malah seharusnya kau syukuri
Kerana kesempatan yang diberi
Mengecapi nikmat hidup bersuami
Kebahagiaan dunia bukan yang hakiki

Yakinlah.. semuanya ketentuan ILAHI

Bukan niatku bermadah di sini
Cuma pesanan untuk sahabat yang ku kasihi
Dengan pengalaman hidupku yang tak seberapa ini
Hanya ini yang mampu ku beri

- Dari sahabatmu yang bergelar ISTERI-

Tuesday, March 25, 2008

HARI PENUH SEJARAH

Hari ni merupakan hari ke-7 Khairunnisa' dilahirkan... Niat di hati nak la buat kenduri sket tapi tengah kalut lagih. Nak harapkan siapa kalau tak plan awal-awal.

Chronology of events:

15th March 2008: Due date. Berdebar sangat masa tuh... tunggu bila nak sakit tapi tak sakit-sakit. Tak per relaks dulu... Bantai apa-apa yang tak boleh makan masa dalam pantang.

18th March 2008: Pergi check-up. Dr. Asari kata belum ada tanda nak melahirkan, so balik semula. Datang bila ada tanda turun (darah@air) or bila sakit.. kalau tak ada semua tu datang semula selepas 10 hari.

20th March 2008: Kak Long and Kak Ngah dah berkumpul kat umah ingat nak tengok anak buah baru tapi saya masih tak bersalin jugak lagih.

21st March 2008: Berjalan-jalan di IKEA dengan Kak Long and Kak Ngah... konon-konon terapi untuk cepatkan proses bersalin. Satu hari berjalan... kaki yang makin bengkak tapi masih tak ada tanda nak bersalin jugak lagih.

22nd March 2008: Lepas solat subuh rasa sengal-sengal kat pinggang tapi tak sakit sangat. Tiba-tiba rasa tak sedap hati... Baik saya pegi jumpa Dr. sebelum perkara yang tak diingini berlaku. Dr found out mmg ada contraction tapi baby still tak enggage. Dr tak desak untuk operate tapi dia explain yang kemungkinan saya tak dapat melahirkan secara normal coz based on X-Ray mmg kepala baby tak blh melepasi tulang punggung. Selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya saya pun buat keputusan untuk melahirkan secara pembedahan. Dr. Asari tetapkan untuk operate saya da nextday pukul 10.00 am.

23rd March 2008: Malam tuh dah mula berpuasa. Pagi tuh nurse datang check kot-kot ader miracle yang membolehkan saya melahirkan secara normal tapi jalan mmg tak terbuka lagih. So proceed dengan operation procedures. Tepat pukul 10.00am saya dibawa masuk ke labor room. Pakar bius dah standby... tak blh nak cerita... segalanya berlaku dengan cepat tak sampai sepuluh minit saya dengar tangisan baby tapi maser tu saya separuh sedar. Walaupun saya dibius separuh badan tapi saya macam mamai sket. Lepas bersalin rasa letih sangat dan terus tertidur. Pelik jugak.. sebab bukannya kena push baby keluar pun.

Alhamdulillah... saya telah melahirkan bayi comel yang kami beri nama KHAIRUNNISA'. Mudah-mudah menjadi gadis yang baik akhlaq dan budi pekerti. AMIIIIN.


KHAIRUNNISA' - DAY O1