Monday, March 31, 2008

MY BESTFREN'S WEDDING


Selamat Pengantin Baru Zelly... Tahniah! Pesananku untukmu tulus dari hati..

-Sahabatku Zelly...

Kini kau sudah bergelar isteri
Bermacam dugaan dan cabaran sedang menanti
Kau perlu sabar dan tabah menghadapi
Segalanya tak seindah yang kau impi

Kerana itu yang paling penting ialah keikhlasan hati
Menerima dirinya sebagai teman sehidup semati
Salah dan silap perlu saling memaafi
Perlu toleransi dan saling memahami

Tanggungjawabmu ialah menjaga maruah suami
Andainya hatimu disakiti
Jangan mengadu domba ke sana sini
Ianya hanya mengaibkan diri sendiri

Bila kau tahu dirimu dikhianati
Jangan cepat berpatah hati
Cari kesilapan yang perlu diperbaiki
Keangkuhan hanya memusnahkan diri

Andainya suatu hari nanti
Kebahagiaan bukan milikmu lagi
Jangan pernah kau kesali
Menerima dirinya sebagai suami

Malah seharusnya kau syukuri
Kerana kesempatan yang diberi
Mengecapi nikmat hidup bersuami
Kebahagiaan dunia bukan yang hakiki

Yakinlah.. semuanya ketentuan ILAHI

Bukan niatku bermadah di sini
Cuma pesanan untuk sahabat yang ku kasihi
Dengan pengalaman hidupku yang tak seberapa ini
Hanya ini yang mampu ku beri

- Dari sahabatmu yang bergelar ISTERI-

No comments:

Post a Comment