Tuesday, January 20, 2009

SEDIH SANGATKAH KISAH PALESTINE

Saya dah lama tak tonton berita. Baca paper pun pilih2 page. Kalau boleh tak nak tengok langsung gambar-gambar sedih dari bumi Palestin. Takut nanti teringat-ingat... sedih terbawa-bawa sampaikan kadang-kadang tak boleh tidur terbayangkan apa yang berlaku. Apa lagi yang mampu dibuat selain menghulurkan derma dan memanjatkan doa.

Tapi dalam kesedihan ini, jiwa ini cukup terguris... sedih sekali apabila membaca coretan di blog-blog especially forum yang ditulis oleh anak bangsa kita yang menghina agama, mempermainkan Tuhan dan memperbodohkan Nabi kita S.A.W yang mulia. Astaghfirullahal'azim..

Saya yakin setiap jiwa yang terkorban di Palestin yang ditindas pasti ada keni'matan yang disediakan oleh Allah SWT di hari kemudian kerana mempertahankan iman dan tanah air mereka. Pasti penyerahan diri mereka kepada Yang Satu lebih tinggi berbanding dengan kita yang hidup dalam kesenangan. Kita asyik memikirkan kejatuhan, kemusnahan bumi Palestin dan sentiasa mendoakan mereka, bersolat hajat untuk mereka, mengutip derma untuk membangunkan kembali negara mereka. Tidak kurang yang melaungkan jihad memerangi Yahudi...

Tapi bagaimana dengan kejatuhan anak bangsa kita yang menghina agama sewenang-wenangnya. Siapakah yang memerangi mereka? Siapakah yang akan membangunkan mereka dan mendoakan mereka?

No comments:

Post a Comment