Sunday, January 25, 2009

PULAU PANGKOR

The first even for this year... holiday in Pangkor Island. Actually pergi kenduri kawen anak Mak Anjang di Bagan Datoh, Perak. Saya berhajat nak ziarah Kak Long di Ipoh tapi husband kata boleh la kalau nak pergi tapi jauh sket sebab bukan jalan yang sama ke Bagan Datoh... tapi kalau ke Lumut dah dekat lah. Speaking about Lumut apa lagi yang menarik kalau bukan Pulau Pangkor. Sejak 2 tahun lepas husband asyik sebut jer pasal Pulau Pangkor tapi tak berkesempatan nak bawa saya ke sana. Alang-alang dah dekat nih apa lagih... Tapi ader ker bilik hotel or chalet time cuti Raya Cina nih? Redah jerrr..

Maser nak parking kat jeti punyerla penuh nak parking kereta. Sudahnya parking kat covered car park kat sekolah tepi jeti tuh. Parking kat sekolah tu pun penuh gak, yang ader cuma parking untuk Guru Besar... Hmmm... belasah jer la. Takkan la Guru Besar nak datang sekolah Raya Cina ni kan... Minta maaf Cikgu, tumpang parking.

Sebelum beli tiket naik ferry, husband cari chalet kat Teluk Nipah tapi tak ada. Suma dah penuh.. yang ada cuma chalet Pangkor Holiday di Pasir Bogak... hmmm... takkan nak patah balik kot. Mmg mahal pun, yer la orang lain dah book awal-awal via internet murah la sket... Ni main redah jer, nasib la kan. So bayar RM30 kat agent kat jeti tuh untuk book chalet tadi, kalau tak book siap-siap nanti tiba sana tak ader bilik macam mana? Nak pasang khemah ker... Khemah pun tak ader. Sempatla amik gambo dalam ferry... Dari kanan, Nurul Hasnah(Adik suami), Along@ Nik Nur Shafikah & Angah @ Nik Nur Shahirah (Anak2 kpd adik husband), Khairunnisa' & Mama.

So bermalam la kami di Pangkor Holiday Resort... nak pegi pantai kena jalan jauh la sket... but the resort is nice... The next day ingatkan nak mandi laut tapi anak-anak buah suma nak mandi swimming pool. So saya pun mandi kat pool jer lah... Nampaknya pool lebih menarik dari laut.

Lepas check-out husband ajak lunch kat Teluk Nipah. Punyerla crowded tempat tuh. Alhamdulillah ada port nak lepak sebab ader satuh warung tuh belum bukak lagih. Parking barang sumer kat situ then saya ngan anak-anak buah dan adik ipar pun mandi la kat laut. Husband tak mandi laut so dia lah jaga Nisa'. Tak sampai 20 minit mandi saya dah naik sebab badan gatal-gatal. Cuma anak-anak buah dan adik ipar yang enjoy mandi and kutip kulit siput. Nasib baik lah saya dah puas mandi kat swimming pool pagi tuh.

Lebih kurang pukul 4.00 pm kami pack-pack barang dan berangkat pulang. Secara peribadinya saya rasa Pulau Pangkor nih better than Port Dickson la tapi kat PD pun kalau tahu, ader pantai yang cantik dan bersih. Disebabkan saya pernah bercuti di Pulau Redang jadi saya tak aderlah excited sangat. Memang tak boleh nak compare la sebab Pulau Redang di open sea... memang jauh lebih cantik dan pantai yang sangat la bersih.

Thanks hubby coz bawa kami bercuti di Pulau Pangkor. Nanti kita plan pegi Pulau Redang yer...

Tuesday, January 20, 2009

SEDIH SANGATKAH KISAH PALESTINE

Saya dah lama tak tonton berita. Baca paper pun pilih2 page. Kalau boleh tak nak tengok langsung gambar-gambar sedih dari bumi Palestin. Takut nanti teringat-ingat... sedih terbawa-bawa sampaikan kadang-kadang tak boleh tidur terbayangkan apa yang berlaku. Apa lagi yang mampu dibuat selain menghulurkan derma dan memanjatkan doa.

Tapi dalam kesedihan ini, jiwa ini cukup terguris... sedih sekali apabila membaca coretan di blog-blog especially forum yang ditulis oleh anak bangsa kita yang menghina agama, mempermainkan Tuhan dan memperbodohkan Nabi kita S.A.W yang mulia. Astaghfirullahal'azim..

Saya yakin setiap jiwa yang terkorban di Palestin yang ditindas pasti ada keni'matan yang disediakan oleh Allah SWT di hari kemudian kerana mempertahankan iman dan tanah air mereka. Pasti penyerahan diri mereka kepada Yang Satu lebih tinggi berbanding dengan kita yang hidup dalam kesenangan. Kita asyik memikirkan kejatuhan, kemusnahan bumi Palestin dan sentiasa mendoakan mereka, bersolat hajat untuk mereka, mengutip derma untuk membangunkan kembali negara mereka. Tidak kurang yang melaungkan jihad memerangi Yahudi...

Tapi bagaimana dengan kejatuhan anak bangsa kita yang menghina agama sewenang-wenangnya. Siapakah yang memerangi mereka? Siapakah yang akan membangunkan mereka dan mendoakan mereka?

Thursday, January 1, 2009

Teman-teman lama...

Sejak berkahwin memang tak banyak masa yang dapat nak diluangkan untuk kawan-kawan. InsyaAllah bila ada kelapangan, jauh di sudut hati nak sangat ziarah kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.. tapi dengan tugasan harian yang cukup padat termasuklah weekend sehingga sekarang tak tercapai lagi hajat tuh. Mudah-mudahan diberi kelapangan untuk ziarah kawan-kawan even yang dah lupakan saya..