Sunday, October 12, 2008

Hari Raya 2008 Yang Sungguh Bermakna..

Hari Raya 2008 adalah hari raya yang penuh kelainan... maklumkah pertama kali beraya sebagai seorang Ibu dan pertama kali beraya bersama keluarga sebelah suami. Tahun lepas suami ikut saya beraya ke rumah saudara mara sebelah saya. Alhamdulillah la rumah mentua ngan rumah parents saya tak jauh mana. Family saya di Hulu Langat dan family suami di Cheras.. dekat sangat. Jadi malam raya dapatlah saya bersama keluarga di Hulu Langat... pagi raya baru bertolak ke rumah mentua. Dengan kehadiran Khairunnisa' bertambah seronok beraya kali nih tapi agak mencabar gak sebab tak pernah bawa anak berjalan jauh sebelum tuh. Hari raya pertama selepas Solat Raya dan bersalaman kami bergerak ke Kemunting rumah Mak Long. Keesokan paginya plak beraya ke Parit Buntar rumah Mak Ngah, singgah Lumut rumah sepupu dan terus ke Bagan Datoh Rumah Mak Anjang. Hari Raya ketiga kami balik ke Kuala Lumpur dan buat pertama kalinya kami terlibat dalam kemalangan tapi alhamdulillah semuanya selamat. Lampu depan mmg pecah habis so kami rushing balik sebelum hari semakin gelap.

Rasanya Hari Raya Fitri 2008 adalah raya yang paling memenatkan tapi bila terkenang balik itulah hari raya yang sangat bermakna.

No comments:

Post a Comment