Minggu lepas bawa Nisa' dan Naufal ke klinik untuk immunisation. Nisa' setahun setengah dan Naufal dua bulan. Masa timbang Naufal terperanjat saya kerana timbangannya hampir 7 kg. Patutlah saya pun dah raser macam body builder. Semangatnya Naufal sekarang ni (2 bulan) sama macam Nisa' ketika berusia 5 bulan. Sedangkan Naufal sama besar seperti Nisa semasa dilahirkan, 2.9kg jer. Anak lelaki nih memang kuat menyusu. Tak percaya... Bandingkanlah sendiri...
Nisa' (kiri) 4 bulan. Berat: 5 kg dan Naufal (kanan) 2 bulan. Berat 6.5 kg
No comments:
Post a Comment